TIE 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa FBKT akan menganjurkan Program TechnoInnovation Expo 2024 (TIE 2024) yang akan diadakan pada 8 Januari 2024 bermula 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Dewan Utama UMK Kampus Jeli. TIE 2024 merupakan program induk kepada 3 ekspo inovasi FBKT iaitu Bioinnovation Expo 2024 (BIONEX 2024), Materials Technology Expo 2024 (MATEX 2024) dan Wood Techno Expo 2024 (WTE 2024) yang akan mempamerkan produk-produk inovasi daripada pelajar-pelajar FBKT.